MALAYSIA ATHLETICS FEDERATION

SUITE 2.8, 2nd FLOOR, WISMA OCM,
JALAN HANG JEBAT, 50150,
KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Tel:     +603-20222634
Fax:    +603-20222640

Email: maf33mas@yahoo.com

July 27, 2024

KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA

MALAYSIA ATHLETICS FEDERATION

‘USAIN BOLT’ MALAYSIA PECAH REKOD PERIBADI, MAMPU GEGAR DUNIA

Kuala Lumpur: Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi melakar catatan peribadi terbaik dalam acara 200meter (m) yang berlangsung di Sarawak pada Jun 2022 dengan catatan masa 20.89saat (s). Kejayaan beliau ini mampu mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan penyertaan beliau dalam acara 100m dan 200m Kejohanan Olahraga Dunia bawah 20 tahun di Cali, Colombia, bulan depan.

Pada Kejohanan di Sarawak itu, catatan 20.89saat (s) merupakan masa kedua terpantas dalam sejarah acara 200m negara selepas rekod kebangsaan kini masih dipegang oleh atlet Russel Alexander Nasir Taib dengan catatan masa 20.77saat (s) yang dilakukan oleh atlet tersebut pada tahun 2019.

Selain Muhammad Azeem, tiga lagi atlet remaja negara yang berpeluang mengegarkan pentas dunia di Cali adalah atlet 110m lari berpagar lelaki (Elvin Yap), lontar peluru lelaki (Jonah Chang) dan acara lompat kijang lelaki (Muhammad Shah Sholihin). Ini adalah satu peluang untuk atlet-atlet muda negara mempamerkan kehebatan di pentas dunia nanti dan tidak mustahil mereka mampu memperbaiki catatan yang lebih baik.

Sumber: Bernama